Ingatlah,

Dunia adalah medan ujian, melihat siapa yang paling baik amalnya.

Surah Al Mulk: Ayat 2

ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ [الملك: 2] 

Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya, Dan dia Maha Perkasa , Maha Pengampun.

Ujian di dalam bentuk nikmat atau sebaliknya.

Ujian di dalam membuat pilihan, samada memilih kebenaran atau kebathilan.

Ujian samada memilih untuk menjadi hamba yang bersyukur atau kufur.

Ujian untuk berlumba-lumba membuat kebaikan atau tidak.

Ujian untuk menjadi hamba yang bersabar atau tidak

 

Ingatlah,

Setiap yang dilakukan ada balasannya.

Berbuat baik akan dibalas baik.

Maa shaa Allah, setiap kebaikan yang dilakukan itu manfaatnya kembali kepada pembuat kebaikan itu.

Surah Ar Rahman: Ayat 60

هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَٰنُ [الرحمن: 60] 

«Bukankah tidak ada balasan bagi kebaikan melainkan kebaikan juga?

Setiap insan akan mendapatkan apa yang diusahakan.

Surah An Nahl: Ayat 111

۞يَوۡمَ تَأۡتِي كُلُّ نَفۡسٖ تُجَٰدِلُ عَن نَّفۡسِهَا وَتُوَفَّىٰ كُلُّ نَفۡسٖ مَّا عَمِلَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ [النحل: 111] 

Ingatlah pada hari setiap orang datang untuk membela dirinya sendiri dan bagi setiap orang dibalasan penuh sesuai apa yang dikerjakannya, dan mereka tidak dizalimi.

Maka, setiap pilihan kita adalah penting kerana ada balasannya.

Ingatlah

Setiap diri kita mempunyai potensi yang Allah anugerahkan dari pelbagai sudut.

Allah kurniakan pelbagai sudut nikmat untuk kita manfaatkan.

Maka, syukurilah atas setiap anugerah kurniaan Allah.

Ingatlah

Setiap yang bernyawa akan melalui kematian.

Maka, manfaatkanlah kesempatan di dunia ini untuk keimanan dan amal soleh.

Setiap perkara ada nilai di sisi Allah.

Kita akan memperolehi apa yang kita usahakan..

Surah Al Isra: Ayat 15

مَّنِ ٱهۡتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهۡتَدِي لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيۡهَاۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٞ وِزۡرَ أُخۡرَىٰۗ وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبۡعَثَ رَسُولٗا [الإسراء: 15] 

«Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)»

 

Ingatlah

Satu kegagalan bukan bermakna kita adalah orang yang gagal.

Namun, kegagalan itu merupakan satu peristiwa untuk kita melakukan proses refleksi.

Muhasabah diri serta melakukan perubahan demi perubahan.

Melakukan perbaikan diri.

Serta bangkit dari kegagalan.

Setiap  orang pernah mengalami kegagalan.

Begitu juga dengan diri ini.

Namun, percayalah bahawa kehadiran kegagalan itu Allah hadirkan untuk kita belajar sesuatu.

Tiada perkara yang sia-sia yang Allah ciptakan.

Surah Al Imran: Ayat 191

ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمٗا وَقُعُودٗا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَٰذَا بَٰطِلٗا سُبۡحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ [آل عمران: 191] 

«(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka»

Kegagalan merupakan satu pelajaran buat diri ini.

Ia perlu dilihat dengan kaca mata positif.

Syukur ya Allah atas anugerah kegagalan.

Kerana tanpa kegagalan sudah pasti diri ini sentiasa di dalam kelalaian.

Ampuni diri ini Ya Allah kerana sering lupa serta leka untuk belajar dari kegagalan.

Namun, ingatlah bahawa Allah, tuhan kita amat menyayangi kita melebihi dari yang lain.

Setiap sesuatu yang Allah hadirkan adalah tanda kasih sayang Allah serta terdapat  pelajaran yang besar.

Maka, wahai diri belajarlah dari setiap peristiwa yang Allah hadirkan untuk menjadi insan yang lebih menumbuh.

 

Ingatlah,

Harga diri seorang insan ini perlu dinilai dari pandangan Allah.

Bukannya pandangan makhluk.

Maka, belajarlah untuk memahami Al-Qur’an supaya kehidupan yang dilalui adalah mengikut pandangan Al-Qur’an.

Ma sha Allah, baiknya Allah pada kita kerana menurunkan petunjuk yang jelas supaya kita melalui kehidupan dengan kejelasan, terarah serta mempunyai hala tuju serta mempunyai jati diri serta nilai-nilai murni.

Benarlah, peringatan amat bermanfaat. Surah Al-A’la: Ayat 9-10

فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ [الأعلى: 9] 

«Oleh itu berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat

سَيَذَّكَّرُ مَن يَخۡشَىٰ [الأعلى: 10] 

Orang yang “khasyah”/ takut kepada Allah akan mendapat pengajaran.

Diri yang amat sentiasa perlukan peringatan berterusan.

Syukur atas kehadiran setiap insan yang hadir dalam hidup ini yang memberi peringatan.

Peristiwa yang Allah hadirkan sebagai peringatan.

Kegagalan yang penuh pelajaran dan peringatan.

Serta setiap emosi-emosi yang hadir dalam hidup ini.

Untuk lebih mengenali diri serta mengenal Allah.

Syukur ya Allah atas segala-galanya yang hadir dari Mu.