Kehidupan adalah perjalanan.

Perjalanan menuju Tuhan.

Mencari kebenaran.

Hidup dengan kebenaran berdasarkan petunjuk Tuhan.

Maka, berjalanlah.

Perhatikanlah setiap ciptaan Tuhan.

Dengan pandangan mata hati.

Nescaya engkau mendapat pelajaran yang besar.

 

Ketika engkau lelah,

Berhenti seketika.

Melakukan muhasabah serta refleksi.

Mengumpul segenap kekuatan.

Untuk menghadapi hari yang mendatang.

Namun teruskan perjalanan setelah mengumpul kekuatan.

Kerana setiap perhentian dalam perjalanan itu ada satu pelajaran yang sungguh indah dari Tuhan.

 

Berjalanlah dengan tujuan yang benar.

Dengan matlamat yang jelas.

Untuk mengenal siapa dirimu.

Serta mengenal siapa Tuhanmu.

Itu adalah satu bentuk ketaatan serta ibadah.

 

Al- Qur’an mengingatkan kita bahawa.

Berhenti merenung dan memperhatikan setiap ciptaan Tuhan.

Kerana disitu ada pelajaran yang besar.

Surah Al Imran: Ayat 190-192

إِنَّ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ لَأٓيَٰتٖ لِّأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;»

 ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمٗا وَقُعُودٗا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَٰذَا بَٰطِلٗا سُبۡحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri danduduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka»

 رَبَّنَآ إِنَّكَ مَن تُدۡخِلِ ٱلنَّارَ فَقَدۡ أَخۡزَيۡتَهُۥۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ] 

«Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;»

Kehidupan adalah perjalanan sehingga nafas terakhir di muka bumi Tuhan.

Setiap perhentian adalah satu pelajaran yang penting untuk setiap insan.

Setiap nikmat yang diperolehi adalah perlu disyukuri serta dikongsikan.

Setiap ujian adalah untuk menguatkan diri.

Setiap musibah adalah tanda kasih sayang Tuhan.

Untuk kita kembali kepada Tuhan.

Maka, jangan takut untuk terus berjalan.

Mengutip seluruh mutiara kehidupann.

Kerana perjalanan itu mendewasakan dirimu.

 

Terima kasih Tuhan atas setiap mutiara di sepanjang perjalanan.

Sebagai bekalan sebelum menemuiMu Tuhan.

Bantu kami untuk menjadikan petunjukMu sebagai bekalan di dalam perjalanan.

Dengan petunjukMu kami akan berada di jalan yang lurus.

Jalan kebenaran.

Al- Qur’an adalah kitab petunjuk sepanjang perjalanan.

Kehidupan adalah perjalanan.

Maka, bersemangatlah meneruskan hari-hari dengan melakukan amal soleh serta ketaatan.

Kerana bagi setiap orang beriman, kesempatan adalah peluang untuk dimanfaatkan.

Umur serta usia itu perlu dipenuhi dengan perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

Kerana yang hak itu jelas.

Yang bathil itu jelas.

Kehidupan adalah perjalanan.

Maka, berjalanlah di muka bumi Tuhan dengan penuh harapan.

Sandarkan kekuatan kepada Tuhan.

Sahutlah seruan Tuhan untuk membacalah dengan nama Tuhanmu.

Sebagai bekalan di sepanjang perjalanan.

 

Setiap perjalanan akan ada pengakhiran.

Maka, buat pilihan untuk berjalan dengan dipandu kebenaran.

Sehingga pertemuan dengan Tuhan.

Supaya setiap perhentian itu mempunyai nilai di sisi Tuhan.

 

Terima kasih Tuhan.

Di atas setiap kesempatan masa untuk kami berjalan di muka bumi Tuhan.

Kerana banyak pelajaran yang kami perolehi sepanjang perjalanan.