Jujurlah pada dirimu.

Kerana kejujuran itu membuatkan dirimu bebas

Bebas sebenar-benarnya seperti burung yang terbang di langit.

Jujur menyatakan kebenaran.

Walau kebenaran itu kadang-kadang menyakitkan

Membuatkan dirimu itu dimusuhi

Kamu disisihkan, dipandang rendah.

 

Kerana hidup tanpa kejujuran

Adalah kehidupan yang penuh kepura-puraan

Kehidupan yang penuh tipu daya

Serta sangkaan.

 

Al-Qur’an mengajar kita berkata yang benar

Walaupun kebenaran itu pahit

Kerana itu adalah ciri-ciri mu’min yang benar

Surah An Nisa: Ayat 9

وَلۡيَخۡشَ ٱلَّذِينَ لَوۡ تَرَكُواْ مِنۡ خَلۡفِهِمۡ ذُرِّيَّةٗ ضِعَٰفًا خَافُواْ عَلَيۡهِمۡ فَلۡيَتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡيَقُولُواْ قَوۡلٗا سَدِيدًا [النساء: 9] 

Dan hendaklah takut (kepada Allah )orang-orang yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang benar.

 

Seruan Allah kepada kita untuk menjadi hamba yang bertaqwa dan berkata benar.

 

Jujur itu bahagia

Jujur itu indah

Jujur itu kebenaran yang perlu dipertahankan

Kerana jika kita mampu melatih diri untuk jujur atas setiap perkara-perkara kecil

Di dalam kehidupan kita

InshaAllah, kita mampu jujur ketika kita diberi nikmat melimpah ruah.

Serta diberi segala-galanya yang diimpikan setiap insan.

 

Jangan takut untuk berlaku jujur

Kerana Allah sentiasa bersamamu

Allah bersama-sama dengan orang yang benar dan jujur.

Jika Allah bersamamu, tiada yang lain boleh mengapa-apakanmu

 

Jujur perlukan keberanian

Keberanian itu datang dari ilmu

Ilmu yang benar datang dari petunjuk Allah

Al-Qur’an sumber kebenaran

Petunjuk sepanjang zaman.

 

Jujurlah pada dirimu

Jujurlah menyatakan pandanganmu

Kerana ia lahir dari hatimu

Kembalilah kepada diri fitrah

Yang sentiasa ingin mencari kebenaran

Hidup di dalam kejujuran.

 

Kamu ingin merdeka?

Ingin lapang jiwamu?

Ingin luas fikiranmu?

Ingin tenang hatimu?

Maka jujurlah pada dirimu.

 

Jujur dengan menyatakan

Yang benar itu benar

Yang bathil itu bathil

Kerana yang perlu kamu patuhi adalah seruan Tuhanmu

Bukan yang lain.

 

Keredhaan yang perlu dicari adalah

Keredhaan Allah.

Bukan keredhaan yang lain.

Kecintaan yang perlu dicari

Adalah dari Allah

Bukan dari yang lain.

Kejujuran yang kamu pilih itu hanya kerana tuhanmu



 

Walaupun kamu dipandang hina

Dipandang rendah serta kurang

Namun terus berlaku jujur

Di dalam setiap kehidupanmu

Nanti kamu akan merasai kemanisannya

Kerana kamu hidup di dalam realiti

Dan bukannya fantasi.

 

Kerana ucapanmu, tindakanmu, perilakumu

Hanya untuk Tuhanmu

Bukan untuk yang lain

Kamu tidak perlu memuaskan keinginan orang yang lain

Di dalam kehidupanmu.

 

Namun, terus berjuang untuk mematuhi setiap

Perintah tuhanmu

Itulah kebebasan yang benar

Hanya menjadi hamba kepada tuhanmu

Bukan kepada yang lain.

 

Maka, aku ucapkan tahniah

Kepada dirimu yang cuba belajar untuk terus jujur

Kerana itulah nilai yang perlu kita pertahankan.

Ingat, kamu harus bersyukur kepada Tuhanmu jika mampu membuat pilihan yang jujur.

 

Ingat, jujurlah kepada dirimu.

Kerana Allah sentiasa memerhatimu, melihatmu

Mengetahui apa yang kamu lakukan.

 

Mari kita semua

Berjuang untuk terus berlaku jujur dalam setiap kata-kata

Perbuatan, perilaku dan tindakan.

InshaAllah, itu sifat orang-orang mukmin

Yang hidup di dalam kebenaran.