Dia terus termotivasi untuk terus berbuat kebaikan.

Sentiasa bersemangat melakukan amal soleh.

Sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.

Kerana motivasinya ikhlas.

Tujuannya kerana Allah.

Dia jelas tujuan melakukan sesuatu.

Mengharapkan balasan dari Allah.

Kerana dia mengetahui Allah memerhatikan apa yang dia lakukan.

Walaupun yang lain tidak berterima kasih.

Tetapi dia masih ceria.

Terus berbuat dan berbuat.

Kerana dia beriman dan meyakini, “Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah.”

Surah Al Baqarah: Ayat 197

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

Dia mampu terus melakukan kebaikan.

Kerana dia melakukan sesuatu kerana Allah.

Dia jelas bahawa Allah memerhati setiap sesuatu.

Allah mencatat setiap kebaikan serta Allah akan membalasnya.

Contoh teladan para rasul yang terus melakukan kebaikan.

Walaupun diuji serta didustakan.

Nabi Nuh a.s  yang terus  berdakwah melebihi 900 tahun

Menyampaikan kebenaran kepada kaumnya.

Menyeru kepada tauhid dan menolak kepada kesyirikan.

Nabi Nuh a.s jelas tujuan diutuskan kepada umatnya.

Surah Nuh: Ayat 2-3

Dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;

Iaitu abdikanlah diri kamu kepada Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku;

Sahabat Rasul s.a.w, Abu Bakar As Siddiq r.a,

Yang mendahului di dalam segala kebaikan.

Kerana dia jelas motivasinya kerana Allah.

Kerana hidupnya bersumber  kepada petunjuk Allah.

Mengikuti ajaran Al-Qur’an.

Maka, wahai diri belajarlah dari dia.

Yang menjadikan Al-Qur’an sebagai peringatan di dalam menjalani kehidupan.

Wahai diri,

Masa terus berjalan tanpa henti

Walau diri terhenti motivasi berbuat kebaikan.

Maka, rehatlah sebentar jika kelelahan.

Namun, jangan lupa bangkit berjuang atas setiap kesempatan.

Untuk berbuat kebaikan atas tujuan yang jelas.

Kerana kehidupan di dunia ini perlu dimanfaatkan .

Untuk melaksanakan fungsi diciptakan.

Surah Al-Syarh:  Ayat 7-8

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau berharap.

Bekerjalah kerana Tuhanmu.

Sebagaimana teladan Nabi Daud a.s.

Bekerjalah kerana bersyukur terhadap Allah.

Surah Saba: Ayat 13

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Bekerjalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

Semoga setiap pekerjaan kita samada yang kecil atau besar.

Jelas motivasi dan tujuannya.

Tanda menzahirkan rasa syukur dan cinta kepada Allah.

Semoga kita jelas motivasinya dalam berbuat amal soleh.

Supaya diterima Allah, ada nilai disisiNya.

Maka, bersyukurlah atas setiap kesempatan dan peluang kebaikan.

Moga-moga ia penghapus segala keburukan, maksiat dan dosa.

Maka, terus berjuang untuk melakukan amal soleh.

Walau acapkali tersungkur mengikut hawa nafsu.

Menangkan bisikan taqwa dan bukannya bisikan syaitan.

Ingat.

Hidup adalah perjuangan.

Untuk terus memilih yang hak dan menolak kebathilan.

Ingat.

Kebenaran itu dari Tuhanmu.

Surah Al Kahfi: Ayat 29

Dan katakanlah "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.