Setiap dari kita mempunyai emosi dan perasaan.

Antara salah satu emosi adalah takut berhubung perkara yang akan datang serta kesedihan terhadap perkara yang lalu.

Ujian adalah lumrah kehidupan.

Jangan takut dan bersedih kerana Allah sentiasa ada bersama kita.

Di mana sahaja kita berada

 

Surah Al Hadid: Ayat 4

هُوَ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٖ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنۡهَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا يَعۡرُجُ فِيهَاۖ وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ  

4.  Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

 

Nilai iman itu lebih tinggi dari yang lain

Jangan takut dan sedih jika kamu orang-orang beriman

Kerana nilai kamu tinggi disisi Allah.

Maka, yang perlu kita perjuangkan adalah menjadi orang yang beriman 

Dengan mengikuti sistem Allah yang ditunjukkan di dalam Al-Qur’an.

 

Surah Al Imran : Ayat 139

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ  

139.  Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang  beriman.

 

Jangan takut dan sedih.

Jika mengikuti petunjuk Al-Qur’an.

Kerana janji Allah benar.

Barangsiapa yang mengikuti petunjuk Al-Qur’an tiada rasa takut dan sedih

 

Al-Baqarah: Ayat 38

قُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ مِنۡهَا جَمِيعٗاۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدٗى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ  

38Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu  maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan  terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".

 

Jangan takut dan bersedih jika kamu beriman 

Kepada Allah, hari akhirat dan beramal soleh

 

Al-Baqarah: Ayat 62

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلنَّصَٰرَىٰ وَٱلصَّٰبِ‍ِٔينَ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا فَلَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ  

62.  Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

 

Jangan takut dan sedih jika menjadi orang

Yang menyerahkan diri kepada Allah

Dan Muhsin (sentiasa melakukan kebaikan)

 

Surah Al Baqarah: 112

بَلَىٰۚ مَنۡ أَسۡلَمَ وَجۡهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَلَهُۥٓ أَجۡرُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ  

112.  Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

 

Jangan takut dan sedih

Jika kamu sentiasa berinfaq kerana Allah

Mengeluarkan harta di jalan Allah.

 

Surah Al Baqarah: 274

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُم بِٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ فَلَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ  

274.  Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

 

Jangan merasa takut dan sedih

Jika kamu sentiasa berusaha melakukan islah (perbaikan)

Kerana Allah sentiasa melihat usahamu.

 

Surah Al An’am: Ayat 48

وَمَا نُرۡسِلُ ٱلۡمُرۡسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَۖ فَمَنۡ ءَامَنَ وَأَصۡلَحَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ  

48.  Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.

 

Jangan takut dan sedih jika kamu mernjadi orang bertaqwa

Dan sentiasa melakukan islah (perbaikan)

 

Surah Al-Araf : Ayat 35

يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ إِمَّا يَأۡتِيَنَّكُمۡ رُسُلٞ مِّنكُمۡ يَقُصُّونَ عَلَيۡكُمۡ ءَايَٰتِي فَمَنِ ٱتَّقَىٰ وَأَصۡلَحَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ  

35.  Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

 

Semoga kita kembali kepada Allah dengan kembali kepada Al-Qur’an.

Petunjuk di dalam kehidupan.

Solusi bagi setiap permasalahan.

Jangan takut dan bersedih kerana Allah setiasa ada dan Allah bersama-sama orang yang beriman dan bertaqwa.

Kita takut dan sedih kerana bersandar kepada sesuatu selain Allah serta jauh dari petunjuk Allah.