Berbahagialah orang-orang beriman iaitu orang-orang yang beriman dengan petunjuk Tuhan.

Hidup di dalam kebenaran.

Berusaha mencari ilmu pengetahuan untuk mengenal Tuhan dan mengenal petunjuk.

Yang tidak ragu dengan petunjuk.

Surah Al-Baqarah: Ayat 2

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ  فِيهِ  هُدًى لِلْمُتَّقِينَ [البقرة: 2]

Iaitu Al-Quran tiada keraguan di dalamNya petunjuk bagi orang yang bertaqwa.

Berbahagialah orang-orang bertaqwa.

Yang hidup dengan kesedaran bahawa nilai disisi Tuhan adalah lebih besar dari nilai disisi manusia.

Melakukan setiap perkara mengikut petunjuk Tuhan.

Surah Al-An’am: Ayat 155

وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ [الأنعام:

Dan ini kitab yang penuh barakah, maka ikutilah ia satu persatu dan bertaqwalah supaya kamu mendapat Rahmat.

Setiap insan berhak untuk merasa bahagia disisi Tuhan kerana kayu ukuran Tuhan tidak mengira status, keturunan, serta nilai-nilai luaran.

Dengan berusaha memahami petunjuk setiap insan akan mampu mengatasi ujian yang mendatang.

Mengetahui bahawa hidup ini adalah ujian untuk melihat siapa yang terbaik amalannya.

Akan berusaha untuk memperbaiki diri.

Surah Yunus: Ayat 57-58

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ [يونس: 57]

Wahai Manusia, telah datang kepada kamu peringatan daripada Tuhankamu, penyembuh bagi penyakit di sudur petunjuk dan Rahmat bagi orang-orang beriman

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ [يونس: 58]

Maka dengan kurniaan Allah dan rahmatNya maka bergembiralah kerana ia lebih baik daripada apa yang kamu kumpulkan.

Mari sama-sama kita renungkan mesej yang penting di dalam Surah Yunus: Ayat 57-58.

Satu seruan untuk bergembira dengan kurniaan Allah diatas petunjuk Al-Quran. Antara fungsi-fungsi Al-Qur’an di dalam ayat ini:

  1. Al-Qur’an sebagai sumber peringatan;
  2. Al-Qur’an sebagai syifa (penyembuh) bagi setiap konflik di dalam diri serta dari sifat-sifat kejahatan;
  3. Al-Qur’an sebagai petunjuk;
  4. Al-Qur’an sebagai Rahmat.

Seterusnya, Allah menyeru kita di dalam ayat 58 Surah Yunus untuk kita bergembira dengan kurniaan ini kerana Allah nyatakan ia lebih baik daripada segala yang kita kumpulkan.

Nikmat petunjuk ini mengatasi segala-segala yang kita kumpulkan samada mengumpul harta benda, anak pinak, perhiasan, tanaman, kenderaan serta segala yang menjadi kecintaan kita.

MashaAllah.

Maka, disisi Tuhan, syarat untuk bahagia itu bukan ukuran luaran serta material.

Namun ia berkaitan hubungan setiap insan dengan petunjuk.

Itulah bahagia yang benar disisi Tuhan.

Bagaimana dengan segala nikmat yang dikurniakan itu membawa individu mengenal Tuhan, mengenal petunjuk dan membangunkan deen.

Untuk diri ini serta pembaca yang dikasihi, maka kejarlah bahagia disisi Tuhan.

Berbahagialah.

Insan yang hidup dengan penuh kesyukuran. Melalui kehidupan dengan kesedaran serta kesyukuran atas setiap nikmat.

Memahami bahawa setiap nikmat itu perlu digunakan di jalan kebenaran.

Menggunakan segala nikmat yang dikurniakan untuk memberi manfaat kepada yang lain.

Sungguh indah kehidupan yang dilalui dengan lensa kesyukuran.

Mari kita bermula saat ini menghitung segala nikmat kurniaan Tuhan.

Memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga di atas setiap anugerah bermula dari kenikmatan berbentuk fizikal, intelektual, emosi dan spiritual.

Jika kita sibuk menghitung nikmat, nescaya kita tidak merasa ketidakcukupan.

Allah menyeru kita untuk bersyukur di dalam Surah Ibrahim: Ayat 7

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ  وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ [إبراهيم: 7]

Dan jika kamu bersyukur diatas nikmat, maka Aku akan tambahkan nikmat, namun jika kufur azabku amat pedih

Berbahagialah

Orang yang mempunyai prinsip di dalam kehidupan, iaitu tidak goyah dengan ilusi pertandingan yang berasaskan hawa nafsu.

Yang benar di dalam kata-katanya dan tindakan.

Yang jelas mana satu kebenaran dan satu kebathilan disisi Tuhan.

Yang tidak gentar berbeza kerana mempunyai prinsip yang jelas.

Tidak mudah mengikut arus semasa atau propaganda.

Yang membuat penilaian sebelum membuat keputusan.

Yang menjadikan petunjuk Al-Qur’an untuk sebarang pertimbangan.

Yang berusaha untuk mengikuti seruan Tuhan dan bukannya yang lain.

Berbahagialah orang yang tenang disebalik kekalutan.

Orang yang tenang akan menang.

Tenang dengan kebenaran disisi Tuhan.

Yang jelas sumber kebahagiaan.

Berbahagialah orang yang berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana disisi Tuhan setiap amal soleh itu ada nilai.

Hatta sebesar zarah.

Berbahagialah mereka yang berusaha untuk memberi yang terbaik untuk memberi manfaat kepada yang lain.

Berbahagialah mereka yang jelas tujuan hidupnya serta penciptaan di muka bumi.

Buka sekadar mengejar sesuatu ilusi.

Namun jelas setiap peranan yang diberikan itu perlu dimanfaatkan di jalan Tuhan.

Berbahagialah mereka yang berusaha untuk terus mencari ilmu.

Hanya dengan ilmu yang benar, manusia tidak akan tertipu.

Mampu menilai yang mana satu kaca, yang mana satu mutiara.

Bahagia itu hakmilik setiap individu jika ia mengenal siapa Tuhannya dan memahami petunjuk yang diturunkan.

Wahai diri dan pembaca yang dikasihi,

Ingatlah bahagia itu bermula dengan apa yang ada di dalam diri dan bukannya di luar diri.

Maka mulakan memilih untuk memilih bahagia dengan tenang melalui kehidupan mengikut petunjuk Tuhan.